Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Thursday 26 April 2012


mana janjimu pada diri?
bahawa kau tak akan menangis lagi?

mana janjimu pada hati?
bahawa kau tak akan menyesali dan mengingatinya lagi?

begitu payah,
kau ukir sebuah janji pada hatimu sendiri,
begitu payah,
kau bina tembok memagari rasa yang mencemari hati.

mana janjimu,
bahawa kau akan rela dan redha?

mana pergi sebuah keyakinan,
bahawa ketentuan DIA itu lebih baik dan sentiasa baik,
melebihi apa yang kau mohon, apa yang kau pinta, apatah lagi sekadar apa yang kau rasa?

mana pergi sebuah janji,
yang kau bina lewat sepi dalam hari-harimu?

mana pergi sebuah kepercayaan,
bahawa jodoh dan pertemuan adalah suatu ketetapan,
yang tidak akan ada kesilapan?


mana pergi sebuah janji,
bahawa kau akan berbahagia,
dengan semua aturan Ilahi?

mana pergi harapan,
untuk melihat dia berbahagia, dan engkau pun redha?

mana pergi janji,
bahawa air matamu malam itu,
adalah yang terakhir,
bahawa rindumu malam itu ada yang penamat?

mana pergi janji,
bahawa untuk melihat dia bahagia,
kau pun akan berbahagia?

Sunday 15 April 2012




kenapa hati muslim kena KUAT?
kerana muslim ada Allah.
kerana muslim percaya pada Allah.
kerana muslim hanya bergantung harap pada Allah.
dan kerana muslim sentiasa yakin pada Allah.
dan, bila hati ada Allah,
yakin, percaya dan bergantung kepada DIA,
PEMILIK dan PENENTU
segala-galanya,
bagaimana mungkin,
hati muslim begitu rapuh dan lemah?

saudariku,




Saudariku, 

kerana kau bukan perempuan biasa…

Kalau pun, 
dibuat perumpaan bahawa engkau adalah sekuntum bunga,
Kau bukan sebarang bunga….
Kaulah bunga paling mulia, paling berharga…

Tempatmu bukan disini disana,
Boleh dipandang dibelek disentuh sesiapa,
Bukan!

sungguh kau terlalu mulia,
untuk dihinakan dengan perilaku merenungmu, menyentuhmu..
Sungguh!
Tak ada seorang lelaki ajnabi pun,
 yang layak melakukan itu kepadamu,

wahai saudariku…
sentuhan lelaki itu bukan tanda sayang, sebaliknya satu penghinaan!
perlakuan yang merosakkan!

maka bagaimana mungkin dia yang menyayangimu, 

akan merosakkanmu, akan menghinakanmu?

Tuesday 3 April 2012

bila dia menjauh,

bila dia menjauh,
bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.

jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya 
pada DIA tentang dia.

jangan lupa bahawa kita pernah meminta 
DIA menjauhkan dia, 
bila dia bukan untuk kita.

maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk dari-NYA.
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri.
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada.
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.

jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redha-NYA.
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencana-NYA,
maka,
biarlah DIA menjarakkan dia dari kita…. :’)