ya.
silapnya seorang perempuan ialah,
bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.
kerana itulah,
bila berhadapan dengan seorang lelaki,
perempuan perlu lebih berhati-hati.
janji manis dibibir itu,
mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
impian dan harapan indah itu,
mungkin menjadi selumbar yang melukakan.
makanya,
selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
jangan memberi segala-galanya.
bila kita terlalu mudah memberi,
maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.