Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci
Showing posts with label hawa. Show all posts
Showing posts with label hawa. Show all posts

Tuesday, 2 October 2012

buat perempuan : kita yang tersalah sangka?


“Dan kita perempuan ini,
Selalu mahu seorang lelaki,
Menuruti kehendak kita.
Kita mahu dia tunjukkan bahawa dia sayang kita.
Kita mahu dia buktikan cintanya pada kita.
Kita mahu dia tunjukkan bahawa dia sangat peduli, caring pada kita.

Kita mahu bukti.
Kita mahu dia selalu ada.
Kita mahu selalu bersama.
Padahal, dia dengan kita belum ada ikatan sah.


Padahal dia, selalu mengelak.
Dia menahan dirinya mengajak kita keluar,
Kerana takut berbuat dosa,
Lalu kita menuduh dia tak sayang pada kita dan lebih mengutamakan kerja.

Kita mahu selalu berbalas sms, bertanya hal remeh temeh,
Sedang dia gelisah, terpaksa bersms,
Dia risau, hubungannya lebih membawa ke arah lagha dan perkara sia-sia,
Tapi kita menuduhnya ada perempuan lain.

Kita mahu selalu berhubungan,
Menelefon,
Berborak kosong, sehingga berjam-jam,
Ketawa ceria dan terus bercerita,
Sedang dia takut mendengar suara kita,
Saat telefonnya bergetar, hatinya turut bergetar,
Itu kerana dia bimbang tergoda,
Tapi bila dia mengelak berbual panjang,
Lalu kita menuduhnya tak sayang pada kita.


Itulah kita,
Seorang perempuan,
Yang terlanjur menyayangi,
Yang sudah terlalu jauh menyukai,
Menyimpan harap, dan memasang impian.
Makanya,
Selaku perempuan,
Bantulah dia untuk menjaga kita.
Elakkan diri terlalu bermanja-manja,
Apatah meluangkan masa bersama,
Selagi akad belum terpateri.

Kerana dia yang menyayangi,
Akan selalu melindungi,
Bukan mengambil kesempatan untuk mencemarkan.

Monday, 16 July 2012

menjadi yang baik.. mendahulukan keutamaan

“
saudari yang disayangi,
ingatlah,
sebelum menjadi isteri yang baik,
kita harus terlebih dahulu menjadi anak yang baik.
namun,
sebelum menjadi anak yang baik,
kita mesti terlebih dahulu menjadi hamba-NYA yang baik.
lihatlah, betapa kebaikkan kita,
perlu dibina mengikut susunan yang betul, mengikut keutamaan yang perlu didahulukan.
sebelum menjadi pasangan yang baik terhadap seorang lelaki,
maka terlebih dahulu kita sepatutnya menjadi hamba yang baik terhadap ILAHI.
”

Sunday, 17 June 2012

Entry / Nasihat / Teguran yang membuat tersentap, dan terasa.


sebenarnya. tak tahu nak taip apa as title.mmg la title tu optional je. tapi kalau takde title mcm takde kepala pulak. :D


Teguran. Belajar untuk terima. Baik yang ‘lembut’, mahu yang ‘keras’. 

Seperti mana kata-kata yang kasar.
Sebegitulah kita tak suka entry yang kata-katanya pedas, tulisannya jujur dan telus.

Tapi antara kata-kata dan tulisan.
Ada perbezaan.
Kata-kata yang kasar mungkin dinilai melalui nada yang tinggi, pemilihan perkataan yang tegas dan straight to the point.
Sedangkan tulisan yang pedas,
Disampaikan tanpa berkias, tanpa berlapik.
Kalau baca, sentap gila! >_<

Kita memang suka.
Andai dinasihat dengan baik.
Dengan lemah lembut.
Dengan hemah dan berhikmah.

Tetapi akan ada masanya,
Sesuatu nasihat yang Allah datangkan kepada kita,
Agak tegas dan pedas bunyinya.

Mungkin kerana,
Sudah terlalu lama, nasihat-nasihat berhemah, lemah dan lembut menjengah,
Namun kita buat tak endah.
Kita buat tak peduli.
Kita buat tak kesah.
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Baca hari ini. Esok dah tak ingat lagi.

Kerana itu,
Saudari dan saudara.
Belajar untuk berlapang dada dengan teguran.

Mungkin kerana semalan dan kelmarin dulu,
Kita sudah ditegur dengan baik dan berhikmah.

Makanya,
Hari ini kita masih ditegur.
Cuma mungkin pendekatan dan caranya berbeza.
Namun niatnya masih sama.

Kerana dia peduli.
Kerana dia sayang.

Dia yang membenci,
Tak akan menegur.
Dia yang penting diri,
Tak akan menegur.

Kerana dia sayang,
Dia tegur.
Kerana dia peduli,
Dia tegur.
Walau sudah berkali-kali.
Lembut dan berkias-kias sudah.
Tegas dan jelas pun sudah.





Belajarlah menerima.
Kadang-kadang, bila kita terasa,
itu adalah petanda,
hati masih ‘hidup’ dan Allah sedang memberi cahaya.
Bila ditegur, jangan la sakit hati.

okeih?
nite2.
assalamualaikum. ^____^ 

Tuesday, 24 January 2012

Dia. Gadis biasa yang selesa dengan caranya.

Dia tak cantik menggoda.
Tanpa bulu mata palsu,
Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.
Ada macam tak ada.



Matanya tak galak, tak redup,
Hanya mata biasa-biasa, 
Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.
Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow, 
Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.

Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu,
Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri,
Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.

dan dia, ya dia selesa begitu.
Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.
Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya.
Bukan dia kedekut.
Cuma rasa tak perlu.
Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu.
Sederhana dengan caranya.
Bersyukur dengan apa yang dia ada.


Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.
Dia tak peduli.
Dia malas ambil tahu.
Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki,
Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
Sedang dalam dengan cara begitu pun,
Dia masih tak sedap hati,
Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.

Susah menjadi dia?
Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat?
Itu lagi senang.
Senang dia nak jaga diri, 
terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.

Susahnya menjadi dia?
Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?
Dipujuk hatinya, “jangan, itu semua godaan dunia” 
“ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.

Dipujuk hatinya,
Walau terasa ingin mencuba, 
dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba, 
kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah.
Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.
Yang kehadirannya tak disedari.
Ya, dia selesa begitu.