Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci
Showing posts with label sesuatu. Show all posts
Showing posts with label sesuatu. Show all posts

Friday, 8 February 2013

buat kamu, yang masih ragu.



“Sabarlah menanti.
Ditemui kamu kerana jodoh dan ketentuan-NYA.
Diterima kamu kerana istikarahnya.
Dinikahi kamu kerana agama.
Dicintai kamu kerana Allah.
kamu akan menjadi jawapan pada doanya.
Harapannya yang dimakbulkan.
Permintaannya yang ditunaikan.

Insyaallah, suati hari nanti.
Jika Allah mengkehendaki,
Maka tidak adalah tangan manusia yang berhak menghalangi. “

Sunday, 25 November 2012

aku hanya teluki, bukan mawar.

“
dan ingatkah?
pernah aku khabarkan.
aku cuma gadis biasa,
yang masih bertatih mencari redha.

lalu, biar aku akui,
bahawa aku mungkin bukan mawar berduri yang kau cari-cari,
harum dan berseri,
utuh memagari diri dan melukai tangai yang cuba menodai,
tapi hanya teluki.
teluki yang mungkin hanya mampu mengasingkan dan meminggirkan diri.
teluki yang tak digemari.

aku mungkin tak seindah dan seharum mawar.
namun, aku masih punya sisi yang indah,
itupun jika kau masih tahu menghargai keindahan dan keunikan
penciptaan Tuhan.
”
— dari sisi aku. disini.


 

Friday, 2 November 2012

lelaki, jangan bermain dengan sekeping hati.

“
lelaki,
jangan bermain dengan sekeping hati.

lelaki,
jangan mudah bermain kata.
tanpa sebarang niat merealisasikannya ke dunia nyata.

lelaki,
kerana hati kami boleh jadi terlalu rapuh,
maka pernah kau meruntuhkannya dengan rayuan dan godaan.

lelaki,
kerana hati kami sudah acapkali dicemari,
maka jangan pernah kau berniat memasukinya, menakluki hati kami,
sebagai bukti kehebatanmu.

lelaki,
ingatlah suatu perkara,
bila tiada apa yang pasti, 
jangan pernah berjanji.
jangan membina harapan,
jangan membuat kami menaruh impian.
bukankah cinta tak harus melukai?

lelaki,
ketahuilah,
kami ini umpama tulang rusuk yang bengkok.
bila berkeras, ia akan patah,
bila dibiar maka akan tetap membengkok.

maka, bila tak mampu membantu kami memperbaiki diri, meningkatkan iman dan amal kami,
maka jangan kau persulitkan urusan kami.
menjauhlah dan pergi.
”


Monday, 15 October 2012

Walau tanpa doaku...






dan aku tahu,
tanpa doa ku,
kamu masih akan berbahagia.


Tuhan akan masih memberikan yang terbaik untuk kamu.
Tuhan akan masih menentukan takdir terindah buat kamu.
kerana aku percaya,
walau tanpa aku minta,
Tuhan masih akan memberikan yang terbaik buat hambanya,
Apatah lagi buat seorang yang baik dan sedang memperbaiki diri.


ketahuilah.
rasa ini, akan akhirnya pudar nanti.


doa ku, 
mungkin juga tak lagi aku titipkan. 
harapanku, 
mungkin juga akan aku terlupakan.
jujur, 
kerana itulah sebenarnya yang lebih selalu aku doakan,
untuk melupakan, menghapus dan mengusir segala rasa dan kenangan yang tersisa.

ya, melupakan memang tak mudah,
namun terus mengingat dan mengenang juga tak selalu indah.


namun,
ingatlah suatu perkara yang akan selalu membuatmu bahagia;
itulah DIA,
Tuhan yang Mencipta,
rahmat-NYA, 
kasih sayang-NYA.

bukan aku. 
mungkin bukan doaku. mungkin bukan lagi harapan aku.


lantas,
mengapa masih ada ragu,
bahawa, tanpa aku,
kamu masih akan berbahagia?


Sunday, 7 October 2012

dan bagaimana, tentang gadis biasa seperti saya?


assalamualaikum.

treat this as personal post, personal opinion, and also a self reminder. :)
semalam, selepas pulang dari -Seminar Baitul Muslim- , suddenly terduduk (mmg tgh duduk pun) dan terfikir, tadi kita bicara tentang cinta, nikah, kahwin, baitul muslim.cara cari jodoh, cara rancangan kewangan, cara supaya dpt someone yang baik(soleh/solehah). 
and honestly, perasaan rasa macam most of the panel/penceramah bercakap ttg itu dari part of them yang lahir dari keluarga baik-baik, those yang terlibat dgn usrah dsb, those yang i mean mmg baik, the family, the surroundings.
 
then, saya terfikir, how bout me.gadis biasa. rasa mcm kenapa lah tak pergi tanya, mewakili, gadis biasa yang  mmg start from zero, and then still merangkak, bangun dan asyik jatuh berkali-kali dlam mngenal agama, diri dan Pencipta. 
you know, those yang biasa-biasa, yg still struggle for better life, better deeds, better understanding about Islam. macam mana? yang tak ade, kakak-kakak usrah, yang takde kenalan those yang diaorang gambarkan boleh jadi sbagai orang tengah (yang boleh tolong aturkan calon) supaya perkenalan itu tak jadi sesuatu yg salah, and definitely yang yakin that their parents is not going to cari/jodohkan diaorang dgn somebody… hah, mcm mana tu?

tengah-tengah malam, tanya diri sendiri. and if diberi peluang pun, rasanya tak akan berani tanya masa seminar tu.

bila tengok keliling, nampak ramai yang lebih baik. ada ramai yang bertudung labuh, bahkan ada yang berpurdah. you know, hati rasa mcm ‘something’, susah nak describe.. rasa macam, bila nak ikut mcm diaorang ni?..
pada saya, mereka yang baik-baik ni, family baik, kawan2 baik, surroundings baik itu adalah wanita istimewa. Allah pilih mereka, dengan permberian nikmat yang sangat bernilai. sebab itu agaknya melabel diri sendiri as ‘gadis biasa’. 
and back to soalan cepucemas yang dtg malam-malam buta,
is there any chances akan dpt jodoh dgn cara yang baik. tanpa zina, tanpa couple, tanpa maksiat, dan kalau boleh tanpa sebarang perlakuan mungkar.
is there any chances?
dengan surrondings yang most of kawan2, adalah yang sudah berpasang-pasangan,
dengan diri sendiri yang terkapai-kapai, dengan family yang biasa-biasa, dan dengan perangai diri sendiri yang tak tahu mana nak gain kawan2 yang baik2 nie, is there any chances? 

tgok, negative thoughts sedang menakluki kepala otak yang baru shaja diberi makan motivasi! ada makhluk sedang ketawa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
oklah, fine, if kita mmg tak ada all those listed people yang boleh tolong kita mncari/mdpatkan jodoh, then let us put all our hopes, and serah bulat-bulat kat Allah.
memanglah, kalau kita ada kawan-kawan yang baik, family, atau org tengah yang baik2, yang boleh tolong kita dlm urusan ni, tambah dngan adanya Allah, itu sgt-sgtlah baik.
urusan kita lancar, mudah, dan diredhai Allah kan?

but then, if kita tak ada siapa-siapa, kita tgh struggle alone, all the way improving ourself, maka ada Allah itu sudah cukup bukan? jangan nangis sekarang, jangan menangis mengenangkan how alone kita dalam dunia, tanpa manusia-manusia untuk membantu kita. DIa ada kan?

tapi, kalau kita tak ada siapa-siapa, and then, taknak pun libatkan DIA dan ikut apa yang Islam dah tunjukkan, proceed hanya dengan usaha dan tangan sendiri, ikut kata hati, ikut apa yang kita suka, yang kita nak, yang kita nampak best, thrill, romantik, maka bimbanglah bnyak kemusnahan dan kemungkaran terjadi. 

so, how about gadis biasa macam saya?
ok, the conclusion, let me keep improving myself. jatuh, jatuh, dan jatuh, tapi bangun, bangun, bangun dan bangun lagi. even if, takde siapa pun yang hulurkan tangan tarik kita bangun. kita kena usaha lah bangun sendiri. lap air mata tu. lap semua luka-luka tu.
 
antara, perkongsian yang boleh dikongsi dri seminar itu, 
ok. kalau kita nak, then minta lah kat Allah. mintak sungguh-sungguh. kalau kita ikhlas, yakinlah, insyaAllah, Allah gerenti, konform akan tolong! (dri panel semalam). Hujan dah dalam hati masa tu. Takpe, Allah akan tolong.
See, manusia sendiri bagi jaminan Allah akan tolong, manusia boleh tolong kita tapi tanpa izin Allah itu tak akan terjadi.

InsyaAllah, menjadi gadis biasa ( those yang still improving themself) itu bukan dosa. bukan hukuman. itu ujian. takdir kita tiada siapa yang tahu.
biarlah tak punya siapa-siapa itu, membuat kita percaya dan berharap terus dan sepenuhnya kepada Allah, bukan pula mempersoalkan dia, bukan pula membelakangkan dia.ingat, kita belum tentu berkahwin, tetapi kita pasti akan mati.. doalan supaya diri dapat menjadi lebih baik, mencontohi yang baik, dan meperolehi yang baik.insyaAllah, have faith my dear girls, be strong my heart.manusia takde?Allah ada lah!
7/10/2012
11.21pm

Thursday, 4 October 2012

Lelaki yang gagal memahami kami?


dan kamu, seorang lelaki,
selalu mahu seorang perempuan seperti kami,
menuruti kehendak kamu.
kamu mahu kami tunjukkan bahawa kami sayang kamu.
kamu mahu kami buktikan cinta pada kamu.
kamu mahu kami tunjukkan bahawa kami sangat peduli, sayang pada kamu, hanya kamu.


kamu mahu bukti.
kamu mahu selalu ada.
kamu mahu selalu bersama.
padahal, antara kita belum ada ikatan sah.
Belum kamu akui pada walinya tentang hajatmu, menyunting dia.
Kamu cuma hanya berteman-teman, menduga, dan mencuba-cuba.
Kamu selalu mengajak,
padahal dia, selalu mengelak.
dia menahan dirinya menuruti ajakanmu,
bukan dia tak mahu bersuka ria,
tapi kerana takut berbuat dosa,
lalu kamu menuduh dia tak sayang pada kamu dan lebih mengutamakan kerjaya.
kamu mahu selalu berbalas sms, bertanya hal remeh temeh,
sedang dia gelisah, terpaksa bersms,
hatinya mungkin dari batu bata, namun tak sekukuh keluli tahu?
Dia takut tembok hatinya runtuh dan roboh.
dia risau, hubungannya lebih membawa ke arah lagha dan perkara sia-sia,
membuat kamu terfitnah dan berdosa,
tapi kamu menuduhnya ada lelaki lain.
Dia mahu percaya,
Cinta tak harus membuahkan dosa dan murka,
Sedang kamu menuntut cinta yang ada bukti dan tanda.


kamu mahu selalu berhubungan,
menelefon,
berborak kosong, sehingga berjam-jam,
bertanya tentangnya, hidupnya, kesukaannya,
ketawa ceria dan terus bercerita, berjenaka, mendengar luahan dan tawanya,
sedang dia takut mendengar suara kamu,
saat telefonnya bergetar, hatinya turut bergetar,
itu kerana dia bimbang menggoda, dengan suaranya,
sungguh dia takut mendengar suara kamu.
tapi bila dia mengelak berbual panjang,
lalu kamu menuduhnya tak sayang pada kamu.
itulah kamu,
seorang lelaki,
yang mengakui menyayangi,
namun terkadang,
gagal memahami kami,
bahawa bukan hanya kamu yang menyimpan harap, dan memasang impian.
Tapi, kerana kami takut bergantung dan berharap pada yang tak pasti.
Kami takut pada impian dan angan-angan,
Kami cuma mahu percaya pada takdir dan ketentuan.


selaku lelaki,
bantulah kami untuk menjaga diri.
Dari membuat kamu terfitnah oleh kami.
Mengutip dosa dan mengundang murka.


Jauhilah kami selagi akad belum terpateri.
Binalah tembok dan jarak,
Agar kami tak ternoda pada rasa cinta yang kami rasai.
Kerana kamu sangat tahu kelemahan kami.
Biar kami tetap mempercayai,
Bahawa cinta itu yang mengajak mendekati Ilahi,
Biar kami menyakini,
Masih ada lelaki baik dimuka bumi, dia yang menyayangi,
Yang akan selalu melindungi…
dan kita tak mahu membina bahagia dibawah murka dan dosa bukan?

http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/post/32872277515/dan-kamu-seorang-lelaki-selalu-mahu-seorang

Saturday, 5 May 2012

jangan takut. percaya dan yakinlah!


“
dan saat ingin melangkah lebih jauh.
saat ingin bergerak kepada hubungan yang lebih pasti dan lebih kukuh,
jangan pernah ragu.
jangan pernah membiarkan kerisauan memaku langkahmu di tanah.
jangan pernah membiarkan keraguan membuat kau terpaku dan membatu.

jangan takut,
“andai aku tak mampu membahagiakan dia”
“andai aku tak mampu memberikan segala-galanya pada dia”

bahagia itu,
bukan kita yang beri.
tapi Allah.

dan
rasa bahagia itu,
bukan kerana kita, 
tapi dari Allah.

dan kita tak akan mampu memberikan segala-galanya.
yang Memberi itu Allah.
kita hanya medium pengantara.

bila masanya tiba,
maka jangan takut.
jangan membiar kerisauan tentang kebahagiaan, kesempurnaan dan masa hadapan,
mengaburkan dan memudarkan hasrat kamu.

bahagia, rezeki, masa hadapan,
itu semua milik Allah.
maka, bila sedia dan percaya,
selamat melangkah ke arah itu.

~ may Allah bless. ~
”


Wednesday, 25 January 2012

kerana "dia" berhak yang lebih baik.

Awak.
Awak yang ditinggal pergi macam tu saja.
Awak yang ditinggal tanpa pesan,
Tanpa khabar, bahkan tanpa sebab musabab.

Mungkin kerana dia merasakan,
Bahawa dia berhak kepada yang lebih baik?
Awak, awak yang dah pergi.
Selamat berbahagia.
Semoga Allah redha.

Semoga awak menemukan seseorang yang lebih baik.

Semoga bertemu dengan seorang yang lebih layak menjadi isteri melengkapi separuh dari agama awak.

Semoga menemukan seorang perempuan yang lebih layak menjadi ummi buat anakanda awak kelak.

Semoga menemukan seorang wanita yang lebih mulia untuk menjadi menantu solehah buat mama awak.

Semoga bertemu wanita yang lebih baik, lebih solehah dan lebih mulia.

Takpe.
Jangan risau dengan air mata yang pernah dibazirkan kerana awak,
Itulah yang membuat saya sedar diri.

Saya tak pernah marah.
Dan tidak pernah terniat untuk berdendam.

Janji Allah itu benar kan?
dan
ketentuan Allah itu lebih baik kan?

Semoga berbahagia ok?