Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Saturday 11 January 2014

diam


kadang-kadang, 

ujian tu hebat sangat sampai terdiam kita..
tapi kadang-kadang dari diam, 
kekuatan kita terbina.

Friday 8 February 2013

sakit? moga Allah bertambah sayang!


bila sakit, berbaik sangkalah.
jangan hanya mengeluh,
ya Allah,
susahnya,
payahnya,
rumitnya,
deritanya.




Ya Allah,
moga sakit ini menjadi kafarah,
penghapus dosa-dosa,
yang kian hari bertambah.



Sakit?
berharaplah untuk sihat,
tapi jangan mempersoal mengapa, dan sampai bila.
makan ubat, iktihar, usaha dan tawakkal.
jangan lupa redha.




Allah, mudah-mudahan, 
DIA ampunkan dosa.
tambah iman, 
tambah sabar, 
tambah syukur dalam diri.




Sesungguhnya sakit, musibah, ujian itu adalah kafarah dosa.



Sakit?
sabarlah. 

mudah-mudahan, Allah bertambah sayang!

buat kamu, yang masih ragu.



“Sabarlah menanti.
Ditemui kamu kerana jodoh dan ketentuan-NYA.
Diterima kamu kerana istikarahnya.
Dinikahi kamu kerana agama.
Dicintai kamu kerana Allah.
kamu akan menjadi jawapan pada doanya.
Harapannya yang dimakbulkan.
Permintaannya yang ditunaikan.

Insyaallah, suati hari nanti.
Jika Allah mengkehendaki,
Maka tidak adalah tangan manusia yang berhak menghalangi. “

Monday 24 December 2012




“berhentilah peduli,

maka kau akan jauh dari luka.”

“berhentilah mengambil tahu,
maka kau akan jauh dari kecewa”


itulah kata mereka,
dan juga bisik hati yang pernah dilukai.


jujur,
berhenti peduli, dan berpura-pura tak mengambil tahu itu,
benteng dari luka dan kecewa 
atau hanya membuat hati bertambah luka?


kerana kita sedang berpura-pura,
memaksa diri dan membohongi hati,
bahawa sejujurnya,
masih ada khabar yang ingin kita dengari?


ketakutan terkadang membuat kita menjauh,
sedang rasa ingin tahu membuat kita menderita.




maka, pilihlah yang terbaik. ;’)



pilihlah, apa yang terbaik, buat dirimu.

mengikut kesesuaian keadaanmu. 

Sunday 23 December 2012

bila tak mampu bahagia, maka jangan memilih duka.


dan bila kamu tak mampu berbahagia dengan kebahagiaan
 yang dinikmati orang lain,


jangan merosakkan diri dengan berduka cita atas 
kebahagiaan mereka.


itulah perkara yang sia-sia.


mereka bahagia dan gembira atas apa yang ALLAH takdirkan untuk mereka.


sedang kamu mahu berduka cita, merosakkan diri,
kerana mencemburui takdir Tuhan yang tertulis buat mereka?


Jangan menzalimi diri. ^_^

- a reminder.bila tak mampu bahagia, maka jangan memilih duka. 
23.12.12

masa, yang berlalu



dan masa akan merawat luka.
dan dengan berlalunya masa,
aku bukan hanya mahu berharap,
bahkan mahu percaya,
bahawa kita telah sama-sama redha,
dan belajar meneruskan kehidupan ke hadapan,
tanpa perlu menyelak lembaran-lembaran lama tentang kisah kita,
yang mungkin akan hanya membuat kita menjadi malu sendiri,
akan khilafnya kita,
suatu masa dahulu.

dan masa,
akan tetap berjalan,
maka kita pun tak harus berhenti dan tetap disini.
kita mesti bergerak, dan terus bergerak.
berjalan, berlari, atau pergi.
bukan tetap diam.



Sunday 25 November 2012

aku hanya teluki, bukan mawar.

dan ingatkah?
pernah aku khabarkan.
aku cuma gadis biasa,
yang masih bertatih mencari redha.

lalu, biar aku akui,
bahawa aku mungkin bukan mawar berduri yang kau cari-cari,
harum dan berseri,
utuh memagari diri dan melukai tangai yang cuba menodai,
tapi hanya teluki.
teluki yang mungkin hanya mampu mengasingkan dan meminggirkan diri.
teluki yang tak digemari.

aku mungkin tak seindah dan seharum mawar.
namun, aku masih punya sisi yang indah,
itupun jika kau masih tahu menghargai keindahan dan keunikan
penciptaan Tuhan.

dari sisi aku. disini.


 

Wednesday 14 November 2012

semoga yang mendatang, lebih baik.


semoga yang mendatang,

lebih baik.
insyaAllah.

bersyukurlah,
masih dihidupkan hingga ke saat ini.
berterima kasihlah masih bernafas dan bernyawa hingga ke detik ini.
disebalik semua salah dan silap,
yang kita kesali, dan kita ulangi,
berkali-kali.

disebalik semua nikmat yang kita persiakan.
disebalik semua nikmat yang kita abaikan.
DIA masih tak jemu melimpahkan rahmat dan kasih sayangNYA.
disebalik kemurkaan yang kita lakukan terang-terangan dan sembunyi,
DIA masih menerima dan menanti kita kembali.

berbahagialah,
disebalik semua keluh kesah kita pada kekurangan,
DIA masih membantu kita menjalani hidup penuh kekuatan.


teruslah berharap dan percaya,

bahawa, DIA, adalah sepertimana sangkaan kita pada-NYA.




may Allah bless.. ;’)

insyAllah, semoga bukan hanya yang mendatang lebih baik,
 bahkan kita juga turut sama lebih baik.

Friday 2 November 2012

lelaki, jangan bermain dengan sekeping hati.


lelaki,
jangan bermain dengan sekeping hati.

lelaki,
jangan mudah bermain kata.
tanpa sebarang niat merealisasikannya ke dunia nyata.

lelaki,
kerana hati kami boleh jadi terlalu rapuh,
maka pernah kau meruntuhkannya dengan rayuan dan godaan.

lelaki,
kerana hati kami sudah acapkali dicemari,
maka jangan pernah kau berniat memasukinya, menakluki hati kami,
sebagai bukti kehebatanmu.

lelaki,
ingatlah suatu perkara,
bila tiada apa yang pasti, 
jangan pernah berjanji.
jangan membina harapan,
jangan membuat kami menaruh impian.
bukankah cinta tak harus melukai?

lelaki,
ketahuilah,
kami ini umpama tulang rusuk yang bengkok.
bila berkeras, ia akan patah,
bila dibiar maka akan tetap membengkok.

maka, bila tak mampu membantu kami memperbaiki diri, meningkatkan iman dan amal kami,
maka jangan kau persulitkan urusan kami.
menjauhlah dan pergi.



Friday 19 October 2012


dan dia,
bila Allah uji,
dengan kehilangan seseorang yang telah sah dan halal menjadi milik nya,
saat inai masih merah dijari.

dan dia,
bila Allah uji,
dengan pemergian seseorang yang telah tertulis melengkapi separuh dari agamanya,
saat ijab dan kabul masih belum mencecah setahun dilafazkan.

pergi, yang takkan kembali,
hilang yang takkan dapat dicari.
kehilangan dan perpisahan yang mutlak,
masih tetap bertabah hati.
redha walau hatinya remuk, luka bahkan hancur luluh.

maka,
apa kisahnya kehilangan kita?
kehilangan seseorang yang belum pasti,
saat yang ada hanya impian dan harapan,
bukan ikatan.

maka,
bagaimana kita,
saat kehilangan dia yang belum tentu lagi pasti kita nikahi?
kita bukan yang paling derita, kita bukan yang paling susah, dan kita bukan yang paling berat diduga!
dia! dia lebih berat dugaannya.
salam muhasabah diri.