Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Tuesday, 11 September 2012

BAHAGIALAH, DENGAN APA YANG ADA


bicaralah yang indah,
walau tanpa cinta.


hiduplah dengan bahagia,
walau tanpa cinta.

bila jodoh belum tiba, dan ketentuan belum terjadi,
buktikan pada mereka bahawa kau masih mampu berbahagia,
dalam sendirimu.

tunjukkan pada mereka,
bahawa kau masih tetap percaya aturan-NYA tak pernah tersalah.

biar mereka tahu,
bahawa bahagia bukan hanya datang dengan cinta manusia.

biar mereka sedar,
bahawa cinta manusia bukan satu-satunya,
anak kunci menuju syurga..

biar mereka percaya,
bahawa sendirian, itu bukan hukuman..
itulah ujian dan kesempatan,
untuk menilai semula diri,
dan memperbaiki cinta pada Ilahi.

jodoh adalah ketentuan,
yang memang perlu diusahakan,
namun mungkin masih terlalu banyak hal lain
yang perlu diutamakan.


BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR,


InsyaAllah,

bila kita ikhlas,
bila kita redha.
dan bila kita berdoa,
supaya dia diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.
dan bila kita berharap,
dia akan hidup aman bahagia dengan dia yang telah Allah takdirkan untuk dia,
maka rasa sakit ditinggal itu akan hilang.
rasa sunyi dan kehilangan itu akan terubat.

bukan,
bukan semestinya dengan kehadiran seseorang sebagai pengganti,
tetapi berkat doa kita pada seseorang yang kita sayangi,
dan kerana keredhaan kita pada ketentuan Ilahi.

Allah akan ganti segala rasa lompong dan luka dalam hati.
itulah hadiah-NYA pada kita yang terima takdir Ilahi..

insyaAllah,
tak mudah, tak siapa pernah mengatakan itu mudah.
tapi itulah antara usaha mengubat luka dan patah hati, atau kecewa.

redha.
dan berdamai dengan takdir-NYA.
sampai saat dan masanya,
kita akan mengerti,
ada perkara memang sudah termaktub akan terjadi,
dan kita harus berhenti memaksa ia menjadi seperti apa yang kita ingini.