Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Sunday, 20 May 2012

dan, saya rasa, bahawa saya tak layak, dan tak berhak...



oh.
itulah, yang selalu kita rasa,
bila kita rasa down dengan hidup ini.
bila kita tak dapat apa yang kita nak.
bila apa yang kita rancang, tak menjadi,
bila apa yang kita harap, jadi sebaliknya.
dush* dush*
rasa macam kena hempap batu besar.

rasa aja kan?
Bilal bin Rabah , batu besar diletak atas dadanya, sedang kita cuma “rasa, macam”
ok? so, jangan nak overacting.

dia lain, imannya kuat.
heh? habis tu, kita tak nak bina iman yang kuat? nak berlembik-lembik?
berhenti tongkat dagu, tepuk dahi sendiri!

betulkah, bila kita asyik dapat benda yang kita tak nak,maknanya kita tak layak dan tak berhak hidup bahagia?
*air mata bergenang, sedihnya.*

tak la!
dan bila dah usaha dengan cara dan jalan yang betul,
masih tak dapat apa yang kita nak, sabarlah.
dan bila dan doa dan mintak sungguh-sungguh,
masih tak diberikan apa yang kita pinta, maka redhalah.
Allah lebih tahu apa yang lebih baik.

dan Allah lebih tahu, 
apa yang kita layak dapat, 
apa yang kita berhak dapat.
apa yang kita berhak kita miliki,
apa yang kita berhak kita rasai.

dan ingat!
bukan sahaja tentang apa, tapi bila!


hati, sabarlah,
jangan fikir bukan-bukan!
dah, kesat air mata.
time to heal urself.
orang tak faham, orang tak tahu.
DIA ada, DIA tahu. DIA sedang Memerhati, bahkan DIA mendengar bisikan hati kamu. ;’)

credit


1 comment: