Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Tuesday, 17 July 2012

kebaikkan. perbetulkan niat. perhalusi matlamat

something to ponder.
kita tak akan menjadi baik dengan sekelip mata.
                              ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
perubahan kita bukan hanya memerlukan seorang insan ajnabi,
yang kelak akan kita nikahi.
perubahan kita memerlukan masa, pengorbanan.
bahkan mungkin air mata.
kita berubah bukan hanya untuk dunia kan?
                               ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
saya tidak mengatakan impian dan harapan untuk berubah selepas mendirikan rumah tangga itu salah.
tapi, merenung diri, adakah saya hanya mahu berubah,
bila sudah berkahwinkah?
                                ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


ya. mungkin kita memerlukan kekuatan, dari seorang manusia, untuk mengalakkan kita berubah, tapi terus menanti dan berharap, tanpa berusaha untuk berubah, itu bukan sesuatu yang patut dan wajarkan?
adakalanya,
saya termenung memikirkan..
adakah saya hanya mahu menjadi isteri dan wanita yang baik dari kaca mata seorang lelaki dan suami?
maka bagaimana pula sikap saya selaku hamba-NYA?
sudahkah saya selalu mengharapkan DIA redha pada saya dan berlaku baik dan taat pada-NYA?
adakah saya hanya mahu menjadi ibu yang baik, buat anak-anak saya kelak?
maka bagaimana pula sikap saya terhadap ibu saya, selaku anaknya?
sudahkah saya berbuat baik padanya, menyayanginya, sebagaimana saya ingin menyayangi anak saya kelak?
maka sebelum saya menadah tangan, memohon agar saya dijadikan baik buat sesorang yang mungkin jodoh saya, maka lebih wajarlah kiranya,
saya memohon agar DIA terlebih dahulu membantu saya menjadi hamba-NYA yang baik,
menunjukkan cara, agar saya terlebih dahulu menjadi anak yang baik, buat ibu yang telah melahirkan saya.
kerana saya sangat bimbang, sebelum berusaha menjadi hamba dan anak yang baik dan taat, maka bagaimana mungkin saya berharap menjadi isteri dan ibu yang baik?
Maka tanyalah diri, sebelum mencapai mimpi dan impian menjadi pasangan yang baik, sudahkah kita menjadi hamba yang baik?
                              ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Personal opinion. Wondering. Termenung. Memikirkan. Mengharap. Memohon.

Monday, 16 July 2012

menjadi yang baik.. mendahulukan keutamaan


saudari yang disayangi,
ingatlah,
sebelum menjadi isteri yang baik,
kita harus terlebih dahulu menjadi anak yang baik.
namun,
sebelum menjadi anak yang baik,
kita mesti terlebih dahulu menjadi hamba-NYA yang baik.
lihatlah, betapa kebaikkan kita,
perlu dibina mengikut susunan yang betul, mengikut keutamaan yang perlu didahulukan.
sebelum menjadi pasangan yang baik terhadap seorang lelaki,
maka terlebih dahulu kita sepatutnya menjadi hamba yang baik terhadap ILAHI.

Wednesday, 4 July 2012

buat yang pernah bertanya....




assalamualaikum.
catatan ini, khas buat mereka,
yang pernah bertanya, dan berkongsi rasa tentang luka dan kecewa.
tentang kesedihan dan penderitaan.


ketahuilah,
bahawa selalu, saya tak punya kata untuk merawat luka,
dan ketahuilah,
bahawa selalu, saya sangat berharap dapat membuat kamu rasa lebih baik atau feel better.
namun, tak selalunya saya berjaya melakukan apa-apa untuk membuat kamu lebih baik.





dan bila kamu bertanya,
tentang sebuah luka dan kecewa.

maaflah,
bila tiada kata atau tulisan yang dapat menyembuhkan lukamu.
maaflah andai tiada pujukan atau nasihat yang dapat membuat kamu melihat ke sebuah sisi yang lebih indah.

maaflah,
bila kadang-kadang,
aku pun kehilangan kata,
untuk merawat sebuah luka.

maaflah,
bila terkadang,
yang mampu aku lakukan hanyalah mendengar, bukan menyembuhkan.

maaflah.
sesungguhnya,
ketahuilah, aku bukan Tuhan,
yang dapat menyembuhkan dan memberi kelegaan.
aku bukan Penyembuh yang mampu merawat luka.

mungkin,
kita memang memerlukan manusia,
untuk melempias rasa dan kecewa dalam hati,
namun kita lebih perlukan Ilahi,
untuk kembali merawat dan menyembuhkan hati.




sungguh,
walau aku tahu apa rasanya,
ketahuilah aku juga tak selalunya mampu menjadi pendengar yang setia,
aku mungkin tak akan sentiasa ada,
bukankah DIA mengajarkan kita dengan pelbagai cara?

ketahuilah, 
bahawa aku yang memahami dan pernah melalui,
mungkin tak menemukan kata yang dapat mengubati hatimu,
namun percayalah,
bahawa hati kecilku selalu berharap dan berdoa,
moga akhirnya nanti engkau akan baik-baik sahaja.

dan,
mungkin hati yang terluka itu,
tak akan mampu terubat dengan kata-kata pujukan manusia,
dengan cerita cinta,
dengan syair dan bait-bait puitis kata-kata,
tapi, hanya dengan kembali mencari DIA 
dan 
percaya padaNYA ketentuan-NYA.

maaf.