Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Wednesday, 4 July 2012

buat yang pernah bertanya....




assalamualaikum.
catatan ini, khas buat mereka,
yang pernah bertanya, dan berkongsi rasa tentang luka dan kecewa.
tentang kesedihan dan penderitaan.


ketahuilah,
bahawa selalu, saya tak punya kata untuk merawat luka,
dan ketahuilah,
bahawa selalu, saya sangat berharap dapat membuat kamu rasa lebih baik atau feel better.
namun, tak selalunya saya berjaya melakukan apa-apa untuk membuat kamu lebih baik.





dan bila kamu bertanya,
tentang sebuah luka dan kecewa.

maaflah,
bila tiada kata atau tulisan yang dapat menyembuhkan lukamu.
maaflah andai tiada pujukan atau nasihat yang dapat membuat kamu melihat ke sebuah sisi yang lebih indah.

maaflah,
bila kadang-kadang,
aku pun kehilangan kata,
untuk merawat sebuah luka.

maaflah,
bila terkadang,
yang mampu aku lakukan hanyalah mendengar, bukan menyembuhkan.

maaflah.
sesungguhnya,
ketahuilah, aku bukan Tuhan,
yang dapat menyembuhkan dan memberi kelegaan.
aku bukan Penyembuh yang mampu merawat luka.

mungkin,
kita memang memerlukan manusia,
untuk melempias rasa dan kecewa dalam hati,
namun kita lebih perlukan Ilahi,
untuk kembali merawat dan menyembuhkan hati.




sungguh,
walau aku tahu apa rasanya,
ketahuilah aku juga tak selalunya mampu menjadi pendengar yang setia,
aku mungkin tak akan sentiasa ada,
bukankah DIA mengajarkan kita dengan pelbagai cara?

ketahuilah, 
bahawa aku yang memahami dan pernah melalui,
mungkin tak menemukan kata yang dapat mengubati hatimu,
namun percayalah,
bahawa hati kecilku selalu berharap dan berdoa,
moga akhirnya nanti engkau akan baik-baik sahaja.

dan,
mungkin hati yang terluka itu,
tak akan mampu terubat dengan kata-kata pujukan manusia,
dengan cerita cinta,
dengan syair dan bait-bait puitis kata-kata,
tapi, hanya dengan kembali mencari DIA 
dan 
percaya padaNYA ketentuan-NYA.

maaf.


1 comment:

  1. Hanya yang pernah mengalami boleh menasihati dgn lebih telus. Mungkin kerana kita punya rasa yang sama.

    Salam ukhwah ya ukhti. ;)

    ReplyDelete