Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Thursday, 4 October 2012

Lelaki yang gagal memahami kami?


dan kamu, seorang lelaki,
selalu mahu seorang perempuan seperti kami,
menuruti kehendak kamu.
kamu mahu kami tunjukkan bahawa kami sayang kamu.
kamu mahu kami buktikan cinta pada kamu.
kamu mahu kami tunjukkan bahawa kami sangat peduli, sayang pada kamu, hanya kamu.


kamu mahu bukti.
kamu mahu selalu ada.
kamu mahu selalu bersama.
padahal, antara kita belum ada ikatan sah.
Belum kamu akui pada walinya tentang hajatmu, menyunting dia.
Kamu cuma hanya berteman-teman, menduga, dan mencuba-cuba.
Kamu selalu mengajak,
padahal dia, selalu mengelak.
dia menahan dirinya menuruti ajakanmu,
bukan dia tak mahu bersuka ria,
tapi kerana takut berbuat dosa,
lalu kamu menuduh dia tak sayang pada kamu dan lebih mengutamakan kerjaya.
kamu mahu selalu berbalas sms, bertanya hal remeh temeh,
sedang dia gelisah, terpaksa bersms,
hatinya mungkin dari batu bata, namun tak sekukuh keluli tahu?
Dia takut tembok hatinya runtuh dan roboh.
dia risau, hubungannya lebih membawa ke arah lagha dan perkara sia-sia,
membuat kamu terfitnah dan berdosa,
tapi kamu menuduhnya ada lelaki lain.
Dia mahu percaya,
Cinta tak harus membuahkan dosa dan murka,
Sedang kamu menuntut cinta yang ada bukti dan tanda.


kamu mahu selalu berhubungan,
menelefon,
berborak kosong, sehingga berjam-jam,
bertanya tentangnya, hidupnya, kesukaannya,
ketawa ceria dan terus bercerita, berjenaka, mendengar luahan dan tawanya,
sedang dia takut mendengar suara kamu,
saat telefonnya bergetar, hatinya turut bergetar,
itu kerana dia bimbang menggoda, dengan suaranya,
sungguh dia takut mendengar suara kamu.
tapi bila dia mengelak berbual panjang,
lalu kamu menuduhnya tak sayang pada kamu.
itulah kamu,
seorang lelaki,
yang mengakui menyayangi,
namun terkadang,
gagal memahami kami,
bahawa bukan hanya kamu yang menyimpan harap, dan memasang impian.
Tapi, kerana kami takut bergantung dan berharap pada yang tak pasti.
Kami takut pada impian dan angan-angan,
Kami cuma mahu percaya pada takdir dan ketentuan.


selaku lelaki,
bantulah kami untuk menjaga diri.
Dari membuat kamu terfitnah oleh kami.
Mengutip dosa dan mengundang murka.


Jauhilah kami selagi akad belum terpateri.
Binalah tembok dan jarak,
Agar kami tak ternoda pada rasa cinta yang kami rasai.
Kerana kamu sangat tahu kelemahan kami.
Biar kami tetap mempercayai,
Bahawa cinta itu yang mengajak mendekati Ilahi,
Biar kami menyakini,
Masih ada lelaki baik dimuka bumi, dia yang menyayangi,
Yang akan selalu melindungi…
dan kita tak mahu membina bahagia dibawah murka dan dosa bukan?

http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/post/32872277515/dan-kamu-seorang-lelaki-selalu-mahu-seorang

No comments:

Post a Comment