Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Wednesday 25 January 2012

kerana "dia" berhak yang lebih baik.

Awak.
Awak yang ditinggal pergi macam tu saja.
Awak yang ditinggal tanpa pesan,
Tanpa khabar, bahkan tanpa sebab musabab.

Mungkin kerana dia merasakan,
Bahawa dia berhak kepada yang lebih baik?
Awak, awak yang dah pergi.
Selamat berbahagia.
Semoga Allah redha.

Semoga awak menemukan seseorang yang lebih baik.

Semoga bertemu dengan seorang yang lebih layak menjadi isteri melengkapi separuh dari agama awak.

Semoga menemukan seorang perempuan yang lebih layak menjadi ummi buat anakanda awak kelak.

Semoga menemukan seorang wanita yang lebih mulia untuk menjadi menantu solehah buat mama awak.

Semoga bertemu wanita yang lebih baik, lebih solehah dan lebih mulia.

Takpe.
Jangan risau dengan air mata yang pernah dibazirkan kerana awak,
Itulah yang membuat saya sedar diri.

Saya tak pernah marah.
Dan tidak pernah terniat untuk berdendam.

Janji Allah itu benar kan?
dan
ketentuan Allah itu lebih baik kan?

Semoga berbahagia ok?




Tuesday 24 January 2012

Dia. Gadis biasa yang selesa dengan caranya.

Dia tak cantik menggoda.
Tanpa bulu mata palsu,
Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.
Ada macam tak ada.



Matanya tak galak, tak redup,
Hanya mata biasa-biasa, 
Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.
Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow, 
Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.

Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu,
Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri,
Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.

dan dia, ya dia selesa begitu.
Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.
Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya.
Bukan dia kedekut.
Cuma rasa tak perlu.
Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu.
Sederhana dengan caranya.
Bersyukur dengan apa yang dia ada.


Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.
Dia tak peduli.
Dia malas ambil tahu.
Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki,
Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
Sedang dalam dengan cara begitu pun,
Dia masih tak sedap hati,
Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.

Susah menjadi dia?
Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat?
Itu lagi senang.
Senang dia nak jaga diri, 
terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.

Susahnya menjadi dia?
Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?
Dipujuk hatinya, “jangan, itu semua godaan dunia” 
“ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.

Dipujuk hatinya,
Walau terasa ingin mencuba, 
dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba, 
kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah.
Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.
Yang kehadirannya tak disedari.
Ya, dia selesa begitu.

Kenapa tak mula menulis di blogger?





Ya.
Kalau kamu dah lama follow tumblr saya,
Kamu akan perasan kebanyakkan posting quote saya
Adalah quote yang panjang-panjang. :D

Dan saya pernah dapat suggestion supaya saya ringkaskan isi tumblr saya,
So that ia jadi simple and sweet.
But then, sorry,
Saya memang tak tahu,
Tak reti, dan tak pandai,
Tulis simple and sweet.

Dan kenapa tak menulis di blogger?
Sebab saya rasa,
Blog itu susah.
Formatnya leceh.
Saya suka tumblr sebab senang, simple dan mudah.
Dulu saya ada blog, tapi terbiar dan terbengkalai. :o

Siapa Saya?

assalamualaikum.
itulah soalan yang saya selalu dapat di tumblr.
ada anon yang bertanya, "siapa awak"
siapa saya?
biarlah rahsia.
siapa saya,

itu tak penting.
biarlah saya tak dikenali.
saya lebih selesa begini.

siapa saya?
cuma seorang manusia biasa.
saya bukan siapa-siapa.
saya bukan doktor cinta,
saya bukan ustazah,
saya bukan pakar motivasi.
saya bukan siapa-siapa,
p/s by the way, terima kasih pada yang bertanya. ^_^



assalamualaikum, salam perkenalan!

blog ini adalah sebuah perkongsian rasa.
mengumpul catatan-catatan sendiri yang kebanyakkannya  copy paste dari tumblr .
saya bukan copy dan edit, goreng sini, goreng sana.
saya tahu ramai yang copy paste catatan di  tagging saya  itu.
letak di blog sendiri. ada yang letak link, ada yang tidak.
terpulang. blog kamu. hak kamu. tanggungjawab kamu.
terima kasih padaNYA yang menginzinkan saya berkongsi catatan2 saya  dengan kamu.
catatan2 yang tidak akan pernah mampu saya kongsikan pada seseorang di dunia nyata.
 saya tidak kenal sesiapa di tumblr ini. sesiapa pun tak kenal saya. >_<
syukur, DIA membuat lidah saya kelu, namun jemari saya DIA izinkan saya coretkan sesuatu..