Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Wednesday, 21 March 2012

dengan manusia kita bersangka baik, dengan-NYA kita berprasangka buruk


dan bila kita menyayangi seseorang,

apa pun yang dia lakukan,
terkadang tak akan mengubah rasa sayang kita.

dan bila kita menyayangi seseorang,
apa pun perlakuannya yang melukakan,
masih tak mengurangkan rasa sayang kita.
kita pujuk hati,
“mungkin dia ada sebabnya sendiri, melakukan ini padaku”. 
itu lah kita,
bila menyayangi seorang manusia.
kita akan sentiasa berbaik sangka padanya.

namun,
muhasabahlah kembali,
bila yang ‘menyakiti’ itu adalah takdir dari Ilahi,
mengapa mudahnya kita berprasangka?

"Tuhan tak adil padaku" bentak hati kita

bila yang menguji itu adalah Rabbi,
mengapa mudahnya kita berpaling dan berburuk sangka?
 
"Tuhan tak sayang pada aku" detik hati kita

adakah kita lupa.
siapa yang lebih besar kasih sayangnya pada kita?
manusia atau DIA?

adakah kita lupa,
siapa yang lebih patut kita percaya?

manusia atau DIA?
 

Monday, 19 March 2012


ada masanya,

rindu itu akan membuat dadamu sebak.
akan ada masanya,
rindu itu akan membuat matamu basah bergenang.

dan akan ada masanya,
kau akan bergelut menafikannya, menidakkannya.

dan akan ada masanya,
rindu itu akan membuat hatimu sakit.

dan bila masa,
masih gagal merawat sebuah luka.
padahal ia sudah terlalu lama
dan bila masa,

masih gagal menghapus sebuah rasa.
aku biarkan catatan ini ‘tergantung’ tanpa noktah
 


Friday, 16 March 2012

cara untuk tak sakit hati dengan apa yang orang cakap?

cara untuk tak sakit hati dengan apa yang orang cakap?
jangan biar apa yang orang cakap itu,
MENETAP dalam hati.

jangan simpan apa yang dia cakap tu dalam hati.
kadang-kadang,
kita memang senang sakit hati dengan apa yang orang cakap.

orang yang bercakap pulak,
senang hati je cakap apa yang dia nak cakap.

orang yang bercakap dan menyakitkan hati tu,
kadang-kadang tak fikir pun sebelum bercakap.
dan selepas bercakap pun,
dia tak pernah fikir.

so,
jangan buang masa, dan space-space dalam hati,
untuk simpan dan keep apa yang dia cakap.

kadang-kadang,
dia pun dah lupa apa yang dia cakap kat kita,
tapi, kita ni, duk simpan dalam hati.

dan cakap dengan diri sendiri,
“aku tak akan lupa apa yang kau cakap.”
“sampai bila-bila,”
“aku akan ingat.”

jangan buang masa.
ingat dosa mulut dia.
malaikat dah catat dosa dia.
dan Allah dah tahu salah dia.

mengingat apa yang dia cakap itu,
akan hanya membuat kita sakit hati.

so, lupakan.
dia nak cakap apa.
biar dia cakap.

please.
jangan buang masa,
buat koleksi,

“kata-kata dia, yang menyakit hati”

~ peace, no war ~ ^_^



Saturday, 10 March 2012

betul ke, takde pakwe?!?!

"masa nilah,nak cari kawan.nak cari someone.nanti dah kerja, duduk di makmal,memang tak bertemu orang dah.nanti lambat kahwin."
 :) itulah pesan seorang staff bila saya practikal dulu.
saya senyum, dalam hati, gelak sorang-sorang.

dia tanya,
 betul ke, takde pakwe? tak percayalah.
saya gelak lagi..

ntahlah. dulu, masa belajar, saya cuba untuk tak nak berpakwe.
antara reasonnya,
saya tak rasa saya akan berkahwin dalam jangka masa terdekat,
dan juga kerana saya takut pada sebuah relationship yang tak pasti.

being honest, yelah saya takut bercinta tapi tak kemana.
bercouple, tapi dia tak nak kahwin dengan saya pun.
takut takut try and error dalam relationship,
saya memang jenis yang nak komitmen,
kalau nak kawan, makanya, 
memang nak serius, nak kahwin.
bukan setakat nak cuba-cuba, try-try.... 

kelakar kan?

ya, memang dari satu sudut,
saya menolak cinta kerana saya rasa belum sedia.
dan sebab saya nak suatu yang pasti,
maka saya rasa perasaan masa saya masih belajar dulu,
tu semua just a temporary feelings.
dan lelaki yang datang pun, 
saya tak dapat rasa,
diaorang sedia dengan suatu matlamat yang jelas.
(semua macam nak test market je >_<)

dan itu antara sebab saya mengelak dan mengelat dari cinta ni..

pengaruh? haha, seriusly kuat.
memang mostly kawan kuliah tu berpakwe la.
tak terasa?
heh? 
hati saya belum jadi batu lagi, so ada la terasa sikit-sikit.
tepis-tepis dan kuis-kuis jugak la. :)

so sekarang?
sekarang?
Alhamdulillah, dan start keja dah.
soalan bila nak kahwin tu takde lah selalu sangat ditanya.
sebab saya masih muda kot ;)

so, sekarang dah ready nak bercinta ke?
huhuhu, ntah lah.
takut tu masih ada.
luka lama, masih berbalut.
parutnya belum kering.

saya susah nak percaya orang, itu masalahnya.
dan masalah paling masalah ialah,
bila saya percaya,
saya akan percaya sungguh-sungguh.

risau tak?
setakat ni, belum lagi.
sebab masih muda.
saya taklah risau takut jadi andartu ke, sebab manalah tau,
maut saya tiba sebelum jodoh saya,
siapa tahu kan?

perasaan tengok kawan-kawan lain kawen?
of courselah happy!
gembira dapat tengok diaorang dah kahwin.


Sunday, 4 March 2012

Bicaranya yang mengguris hati. Gurauannya yang melukai.

kadang-kadang,
Allah berikan kita kekurangan,
untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu.

kadang-kadang,
Allah duga kita dengan ketidaksempurnaan,
untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu.

memang sengaja,
Allah memilih kita.

kita yang tak punya itu dan ini,
dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini.

kadang-kadang,
tak cukup dengan ujian kekurangan,
Allah hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita.
insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,
mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.

dan kadang-kadang,
yang melukai hati,
bukan kekurangan yang kita miliki,
tapi, 
keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,
menghiris hati.

namun,
kadang-kadang, 
kerana terbawa emosi,
kita lupa,
mereka juga adalah ujian.

bila kita mengaku redha dan ikhlas,
dengan ujian dan kekurangan,
maka adalah mulut-mulut orang yang kurang ilmu,
akan membuat kita sakit hati,
membuat kita membenci dan berdendam?

astaghfirullahalazim.
moga Allah mengampuni kita.
kita yang diuji.
dia yang mengeji,
dan kita yang mungkin terlanjur membenci.



ya Allah.
memang masih terlalu banyak yang harus saya belajar.
belajar menangani emosi saya.
belajar melayani kerenah dia.
belajar bersabar dengan dia.

ya Allah.
terlalu banyak.
menilai kembali diri saat berhadapan karenah dia,
membuat saya merasa sangat malu.
malu, bila mana, saya tidak mampu melayani dia dengan baik.
membuat saya terkadang merasa sangat sakit hati.
sakit hati, bila saya rasa bahawa saya telah menyakiti hati dia.

dan mungkin kerana itulah,
saya lebih selesa meminggirkan diri.
memilih untuk menjauh dan menjarak.

sebab saya takut,
bila saya terlalu rapat dengan dia,
maka saya akan lebih selalu melukai dia.
bila lebih banyak masa saya terluang dengan dia,
maka lebih banyak pula tingkah saya yang melukai dia.

dari dia,
kekurangan dia, sikapnya, caranya,
saya belajar banyak benda.
dan saya sedar banyak perkara,
terutamanya tentang diri saya sendiri.