Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Tuesday 2 October 2012

buat perempuan : kita yang tersalah sangka?


“Dan kita perempuan ini,
Selalu mahu seorang lelaki,
Menuruti kehendak kita.
Kita mahu dia tunjukkan bahawa dia sayang kita.
Kita mahu dia buktikan cintanya pada kita.
Kita mahu dia tunjukkan bahawa dia sangat peduli, caring pada kita.

Kita mahu bukti.
Kita mahu dia selalu ada.
Kita mahu selalu bersama.
Padahal, dia dengan kita belum ada ikatan sah.


Padahal dia, selalu mengelak.
Dia menahan dirinya mengajak kita keluar,
Kerana takut berbuat dosa,
Lalu kita menuduh dia tak sayang pada kita dan lebih mengutamakan kerja.

Kita mahu selalu berbalas sms, bertanya hal remeh temeh,
Sedang dia gelisah, terpaksa bersms,
Dia risau, hubungannya lebih membawa ke arah lagha dan perkara sia-sia,
Tapi kita menuduhnya ada perempuan lain.

Kita mahu selalu berhubungan,
Menelefon,
Berborak kosong, sehingga berjam-jam,
Ketawa ceria dan terus bercerita,
Sedang dia takut mendengar suara kita,
Saat telefonnya bergetar, hatinya turut bergetar,
Itu kerana dia bimbang tergoda,
Tapi bila dia mengelak berbual panjang,
Lalu kita menuduhnya tak sayang pada kita.


Itulah kita,
Seorang perempuan,
Yang terlanjur menyayangi,
Yang sudah terlalu jauh menyukai,
Menyimpan harap, dan memasang impian.
Makanya,
Selaku perempuan,
Bantulah dia untuk menjaga kita.
Elakkan diri terlalu bermanja-manja,
Apatah meluangkan masa bersama,
Selagi akad belum terpateri.

Kerana dia yang menyayangi,
Akan selalu melindungi,
Bukan mengambil kesempatan untuk mencemarkan.

1 comment: