dan aku tahu,
tanpa doa ku,
kamu masih akan berbahagia.
Tuhan akan masih memberikan yang terbaik untuk kamu.
Tuhan akan masih menentukan takdir terindah buat kamu.
kerana aku percaya,
walau tanpa aku minta,
Tuhan masih akan memberikan yang terbaik buat hambanya,
Apatah lagi buat seorang yang baik dan sedang memperbaiki
diri.
ketahuilah.
rasa ini, akan akhirnya pudar nanti.
doa ku,
mungkin juga tak lagi aku titipkan.
harapanku,
mungkin juga akan aku terlupakan.
jujur,
kerana itulah sebenarnya yang lebih selalu aku
doakan,
untuk melupakan, menghapus dan mengusir segala rasa dan
kenangan yang tersisa.
ya, melupakan memang tak mudah,
namun terus mengingat dan mengenang juga tak selalu indah.
namun,
ingatlah suatu perkara yang akan selalu membuatmu bahagia;
itulah DIA,
Tuhan yang Mencipta,
rahmat-NYA,
kasih sayang-NYA.
bukan aku.
mungkin bukan doaku. mungkin bukan lagi harapan
aku.
lantas,
mengapa masih ada ragu,
bahawa, tanpa aku,
kamu masih akan berbahagia?
teras sngat dekat dengan pnulis mlalui entry nie..seolah-olah memberi perangsang n kate2 scara pribadi kpd dri ini,, syukran.. semoga Allag murahkan rzeki pnulis dan terus berjya dalam khidupan dunia n akhirat.. ^^
ReplyDelete~salam ukhwah