Blogger news

About Me

My photo
just a plain nobody. saya bukan siapa-siapa pun. menulis dari monolog sebuah daerah terpencil bernama hati. lantaran bibir yang bisu dan kelu, jemari ku berlari di papan kekunci

Friday, 19 October 2012


dan dia,
bila Allah uji,
dengan kehilangan seseorang yang telah sah dan halal menjadi milik nya,
saat inai masih merah dijari.

dan dia,
bila Allah uji,
dengan pemergian seseorang yang telah tertulis melengkapi separuh dari agamanya,
saat ijab dan kabul masih belum mencecah setahun dilafazkan.

pergi, yang takkan kembali,
hilang yang takkan dapat dicari.
kehilangan dan perpisahan yang mutlak,
masih tetap bertabah hati.
redha walau hatinya remuk, luka bahkan hancur luluh.

maka,
apa kisahnya kehilangan kita?
kehilangan seseorang yang belum pasti,
saat yang ada hanya impian dan harapan,
bukan ikatan.

maka,
bagaimana kita,
saat kehilangan dia yang belum tentu lagi pasti kita nikahi?
kita bukan yang paling derita, kita bukan yang paling susah, dan kita bukan yang paling berat diduga!
dia! dia lebih berat dugaannya.
salam muhasabah diri.

Monday, 15 October 2012

Walau tanpa doaku...






dan aku tahu,
tanpa doa ku,
kamu masih akan berbahagia.


Tuhan akan masih memberikan yang terbaik untuk kamu.
Tuhan akan masih menentukan takdir terindah buat kamu.
kerana aku percaya,
walau tanpa aku minta,
Tuhan masih akan memberikan yang terbaik buat hambanya,
Apatah lagi buat seorang yang baik dan sedang memperbaiki diri.


ketahuilah.
rasa ini, akan akhirnya pudar nanti.


doa ku, 
mungkin juga tak lagi aku titipkan. 
harapanku, 
mungkin juga akan aku terlupakan.
jujur, 
kerana itulah sebenarnya yang lebih selalu aku doakan,
untuk melupakan, menghapus dan mengusir segala rasa dan kenangan yang tersisa.

ya, melupakan memang tak mudah,
namun terus mengingat dan mengenang juga tak selalu indah.


namun,
ingatlah suatu perkara yang akan selalu membuatmu bahagia;
itulah DIA,
Tuhan yang Mencipta,
rahmat-NYA, 
kasih sayang-NYA.

bukan aku. 
mungkin bukan doaku. mungkin bukan lagi harapan aku.


lantas,
mengapa masih ada ragu,
bahawa, tanpa aku,
kamu masih akan berbahagia?


Sunday, 7 October 2012

dan bagaimana, tentang gadis biasa seperti saya?


assalamualaikum.

treat this as personal post, personal opinion, and also a self reminder. :)
semalam, selepas pulang dari -Seminar Baitul Muslim- , suddenly terduduk (mmg tgh duduk pun) dan terfikir, tadi kita bicara tentang cinta, nikah, kahwin, baitul muslim.cara cari jodoh, cara rancangan kewangan, cara supaya dpt someone yang baik(soleh/solehah). 
and honestly, perasaan rasa macam most of the panel/penceramah bercakap ttg itu dari part of them yang lahir dari keluarga baik-baik, those yang terlibat dgn usrah dsb, those yang i mean mmg baik, the family, the surroundings.
 
then, saya terfikir, how bout me.gadis biasarasa mcm kenapa lah tak pergi tanya, mewakili, gadis biasa yang  mmg start from zero, and then still merangkak, bangun dan asyik jatuh berkali-kali dlam mngenal agama, diri dan Pencipta. 
you know, those yang biasa-biasa, yg still struggle for better life, better deeds, better understanding about Islam. macam mana? yang tak ade, kakak-kakak usrah, yang takde kenalan those yang diaorang gambarkan boleh jadi sbagai orang tengah (yang boleh tolong aturkan calon) supaya perkenalan itu tak jadi sesuatu yg salah, and definitely yang yakin that their parents is not going to cari/jodohkan diaorang dgn somebody… hah, mcm mana tu?

tengah-tengah malam, tanya diri sendiri. and if diberi peluang pun, rasanya tak akan berani tanya masa seminar tu.

bila tengok keliling, nampak ramai yang lebih baik. ada ramai yang bertudung labuh, bahkan ada yang berpurdah. you know, hati rasa mcm ‘something’, susah nak describe.. rasa macam, bila nak ikut mcm diaorang ni?..
pada saya, mereka yang baik-baik ni, family baik, kawan2 baik, surroundings baik itu adalah wanita istimewa. Allah pilih mereka, dengan permberian nikmat yang sangat bernilai. sebab itu agaknya melabel diri sendiri as ‘gadis biasa’. 
and back to soalan cepucemas yang dtg malam-malam buta,
is there any chances akan dpt jodoh dgn cara yang baik. tanpa zina, tanpa couple, tanpa maksiat, dan kalau boleh tanpa sebarang perlakuan mungkar.
is there any chances?
dengan surrondings yang most of kawan2, adalah yang sudah berpasang-pasangan,
dengan diri sendiri yang terkapai-kapai, dengan family yang biasa-biasa, dan dengan perangai diri sendiri yang tak tahu mana nak gain kawan2 yang baik2 nie, is there any chances? 

tgok, negative thoughts sedang menakluki kepala otak yang baru shaja diberi makan motivasi! ada makhluk sedang ketawa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
oklah, fine, if kita mmg tak ada all those listed people yang boleh tolong kita mncari/mdpatkan jodoh, then let us put all our hopes, and serah bulat-bulat kat Allah.
memanglah, kalau kita ada kawan-kawan yang baik, family, atau org tengah yang baik2, yang boleh tolong kita dlm urusan ni, tambah dngan adanya Allah, itu sgt-sgtlah baik.
urusan kita lancar, mudah, dan diredhai Allah kan?

but then, if kita tak ada siapa-siapa, kita tgh struggle alone, all the way improving ourself, maka ada Allah itu sudah cukup bukan? jangan nangis sekarang, jangan menangis mengenangkan how alone kita dalam dunia, tanpa manusia-manusia untuk membantu kita. DIa ada kan?

tapi, kalau kita tak ada siapa-siapa, and then, taknak pun libatkan DIA dan ikut apa yang Islam dah tunjukkan, proceed hanya dengan usaha dan tangan sendiri, ikut kata hati, ikut apa yang kita suka, yang kita nak, yang kita nampak best, thrill, romantik, maka bimbanglah bnyak kemusnahan dan kemungkaran terjadi. 

so, how about gadis biasa macam saya?
ok, the conclusion, let me keep improving myself. jatuh, jatuh, dan jatuh, tapi bangun, bangun, bangun dan bangun lagi. even if, takde siapa pun yang hulurkan tangan tarik kita bangun. kita kena usaha lah bangun sendiri. lap air mata tu. lap semua luka-luka tu.
 
antara, perkongsian yang boleh dikongsi dri seminar itu, 
ok. kalau kita nak, then minta lah kat Allah. mintak sungguh-sungguh. kalau kita ikhlas, yakinlah, insyaAllah, Allah gerenti, konform akan tolong! (dri panel semalam). Hujan dah dalam hati masa tu. Takpe, Allah akan tolong.
See, manusia sendiri bagi jaminan Allah akan tolong, manusia boleh tolong kita tapi tanpa izin Allah itu tak akan terjadi.

InsyaAllah, menjadi gadis biasa ( those yang still improving themself) itu bukan dosa. bukan hukuman. itu ujian. takdir kita tiada siapa yang tahu.
biarlah tak punya siapa-siapa itu, membuat kita percaya dan berharap terus dan sepenuhnya kepada Allah, bukan pula mempersoalkan dia, bukan pula membelakangkan dia.ingat, kita belum tentu berkahwin, tetapi kita pasti akan mati.. doalan supaya diri dapat menjadi lebih baik, mencontohi yang baik, dan meperolehi yang baik.insyaAllah, have faith my dear girls, be strong my heart.manusia takde?Allah ada lah!
7/10/2012
11.21pm

Thursday, 4 October 2012

Lelaki yang gagal memahami kami?


dan kamu, seorang lelaki,
selalu mahu seorang perempuan seperti kami,
menuruti kehendak kamu.
kamu mahu kami tunjukkan bahawa kami sayang kamu.
kamu mahu kami buktikan cinta pada kamu.
kamu mahu kami tunjukkan bahawa kami sangat peduli, sayang pada kamu, hanya kamu.


kamu mahu bukti.
kamu mahu selalu ada.
kamu mahu selalu bersama.
padahal, antara kita belum ada ikatan sah.
Belum kamu akui pada walinya tentang hajatmu, menyunting dia.
Kamu cuma hanya berteman-teman, menduga, dan mencuba-cuba.
Kamu selalu mengajak,
padahal dia, selalu mengelak.
dia menahan dirinya menuruti ajakanmu,
bukan dia tak mahu bersuka ria,
tapi kerana takut berbuat dosa,
lalu kamu menuduh dia tak sayang pada kamu dan lebih mengutamakan kerjaya.
kamu mahu selalu berbalas sms, bertanya hal remeh temeh,
sedang dia gelisah, terpaksa bersms,
hatinya mungkin dari batu bata, namun tak sekukuh keluli tahu?
Dia takut tembok hatinya runtuh dan roboh.
dia risau, hubungannya lebih membawa ke arah lagha dan perkara sia-sia,
membuat kamu terfitnah dan berdosa,
tapi kamu menuduhnya ada lelaki lain.
Dia mahu percaya,
Cinta tak harus membuahkan dosa dan murka,
Sedang kamu menuntut cinta yang ada bukti dan tanda.


kamu mahu selalu berhubungan,
menelefon,
berborak kosong, sehingga berjam-jam,
bertanya tentangnya, hidupnya, kesukaannya,
ketawa ceria dan terus bercerita, berjenaka, mendengar luahan dan tawanya,
sedang dia takut mendengar suara kamu,
saat telefonnya bergetar, hatinya turut bergetar,
itu kerana dia bimbang menggoda, dengan suaranya,
sungguh dia takut mendengar suara kamu.
tapi bila dia mengelak berbual panjang,
lalu kamu menuduhnya tak sayang pada kamu.
itulah kamu,
seorang lelaki,
yang mengakui menyayangi,
namun terkadang,
gagal memahami kami,
bahawa bukan hanya kamu yang menyimpan harap, dan memasang impian.
Tapi, kerana kami takut bergantung dan berharap pada yang tak pasti.
Kami takut pada impian dan angan-angan,
Kami cuma mahu percaya pada takdir dan ketentuan.


selaku lelaki,
bantulah kami untuk menjaga diri.
Dari membuat kamu terfitnah oleh kami.
Mengutip dosa dan mengundang murka.


Jauhilah kami selagi akad belum terpateri.
Binalah tembok dan jarak,
Agar kami tak ternoda pada rasa cinta yang kami rasai.
Kerana kamu sangat tahu kelemahan kami.
Biar kami tetap mempercayai,
Bahawa cinta itu yang mengajak mendekati Ilahi,
Biar kami menyakini,
Masih ada lelaki baik dimuka bumi, dia yang menyayangi,
Yang akan selalu melindungi…
dan kita tak mahu membina bahagia dibawah murka dan dosa bukan?

http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/post/32872277515/dan-kamu-seorang-lelaki-selalu-mahu-seorang

Tuesday, 2 October 2012

buat perempuan : kita yang tersalah sangka?


“Dan kita perempuan ini,
Selalu mahu seorang lelaki,
Menuruti kehendak kita.
Kita mahu dia tunjukkan bahawa dia sayang kita.
Kita mahu dia buktikan cintanya pada kita.
Kita mahu dia tunjukkan bahawa dia sangat peduli, caring pada kita.

Kita mahu bukti.
Kita mahu dia selalu ada.
Kita mahu selalu bersama.
Padahal, dia dengan kita belum ada ikatan sah.


Padahal dia, selalu mengelak.
Dia menahan dirinya mengajak kita keluar,
Kerana takut berbuat dosa,
Lalu kita menuduh dia tak sayang pada kita dan lebih mengutamakan kerja.

Kita mahu selalu berbalas sms, bertanya hal remeh temeh,
Sedang dia gelisah, terpaksa bersms,
Dia risau, hubungannya lebih membawa ke arah lagha dan perkara sia-sia,
Tapi kita menuduhnya ada perempuan lain.

Kita mahu selalu berhubungan,
Menelefon,
Berborak kosong, sehingga berjam-jam,
Ketawa ceria dan terus bercerita,
Sedang dia takut mendengar suara kita,
Saat telefonnya bergetar, hatinya turut bergetar,
Itu kerana dia bimbang tergoda,
Tapi bila dia mengelak berbual panjang,
Lalu kita menuduhnya tak sayang pada kita.


Itulah kita,
Seorang perempuan,
Yang terlanjur menyayangi,
Yang sudah terlalu jauh menyukai,
Menyimpan harap, dan memasang impian.
Makanya,
Selaku perempuan,
Bantulah dia untuk menjaga kita.
Elakkan diri terlalu bermanja-manja,
Apatah meluangkan masa bersama,
Selagi akad belum terpateri.

Kerana dia yang menyayangi,
Akan selalu melindungi,
Bukan mengambil kesempatan untuk mencemarkan.